PENUNTUN YANG HOBBY BERMAIN GITAR

PENUNTUN YANG HOBBY BERMAIN GITAR

Untuk mereka yang tak pernah bermain gitar tapi berhasrat mahu bermain gitar, ini lah situs terbaik untuk kamu. Kamu mungkin pernah melihat seorang pemain gitar dan mempunyai keinginan untuk bermain gitar. Untuk menjadi seorang pemain gitar yang betul-betul mahir, ia mengambil masa 5 sehingga 10 tahun. Tetapi untuk seorang yang tidak pernah memegang atau bermain gitar, hanya satu hari digunakan untuk kamu mengenal, berlatih dan bermain beberapa kord yang mudah. Pertama sekali yang kamu harus buat ialah mengenal alat muzik gitar.






Nombor untuk setiap jari sebagai panduan meletak jari kamu nanti di atas fretboard gitar. 

Chord atau kord yang paling ringkas dan mudah diguna pemain gitar ialah kord C major dan A minor. Kord C major biasanya akan ditulis "C" sahaja manakala kalau sekiranya ia berbunyi minor maka ia akan bertulis "C m". Kord C major atau C selalunya dimainkan dalam lagu mode gembira. Kord minor seperti A minor dan E minor selalunya ditulis "A m" dan "E m" sahaja dan ia selalu diguna untuk lagu mode sedih. Beza anatara "minor" atau "major" ialah "minor" itu mempunyai mood yang sedih. "Major" pula jikalau dibunyikan akan berbunyi irama yang gembira. Major ialah scale / skel irama utama yang berasal dari budaya kehidupan orang Eropah. 


Chord C major

C major

E A D B G E ialah tune untuk setiap string gitar.







A minor
Chord progression ialah pergerakan dan pertukaran kord dari kord pertama hingga yang seterusnya, Kalau kamu sudah tahu menekan string gitar dengan jari kamu untuk kord C dan Am, cuba pula mainkan dua kord itu bersilih ganti, dua kali strum atau dua kali petik keseluruhan string gitar untuk satu kord. Strum ialah perbuatan menyentuh keseluruhan tali atau string gitar dengan tangan untuk membunyikan kesemua string gitar itu menggunakan pick atau jari tangan kanan sahaja. 


strum pertama C

strum kedua Am

Sekarang cuba pula chord progression ini C - G - Am - F


petikan pertama C

petikan kedua G

strumm keempat F


strumm ketiga Am

Chord progression untuk kord A minor. Am - F - C - G


Petikan pertama A minor

Petikan kedua F
Petikan ketiga C

Petikan keempat G
Dalam chord progression lain yang bermula dari kord C atau Am, E minor dan D minor juga ada diguna.

kord E minor

Kord D minor

Chord progression untuk kord C yang ringkas dibawah ini berasal dari muzik klasikal seperti Canon karangan Pachelbel dan Air on G String karangan J.S.Bach. 

C - Em - Am - G - F - Em - Dm - G 

atau prog biasa seperti dibawah

C - G - Am - G

Di bawah chord progression untuk chord atau kord A minor.

Am - F - C - G


atau prog biasa seperti dibawah


Am - Dm - G - C - F - Dm - Em - Am

Chord prog yang ini pula biasa terdapat dalam lagu pop tempatan. Ia juga berasal dari chord progress muzik klasikal eropah seperti dalam karangan lagu komposer Mozart, Beethoven dan Nikolai Rimsky Korsakov. Cuba mainkan dan berlatih kord progression diatas dua kali strum untuk satu kord. Setelah kamu mahir menukar kord-kord di yang diatas, boleh kamu berlatih teknik strum yang lain pula. Mudah-mudahan panduan ringkas di atas serba sedikit dapat mengajar dan membolehkan kamu bermain gitar dalam masa beberapa hari hingga satu minggu.


Artikel Yang Disukai :



 
Copyright © Hobby | Powered by Blogger